Model yang dibawa oleh Edaran Tan Chong Motors (ETCM) merupakan generasi Nissan Sunny yang pernah popular pada era80an. Nissan Slyphy 2.0 CVTC pernah merangkul beberapa anugerah seperti Car of the Year 2008, pemenang segmen kereta saiz sederhana J.D. Power Asia Pacific 2011 Malaysia dan pemenang Fuel Efficiency Award pada 2009. Sylphy adalah sebuah kereta sedan segmen C yang menggantikan model Nissan Sentra yang lebih mengutamakan keselesaan, elegan dan praktikal. Nissan Sylphy adalah salah satu kereta kelas sedan segmen C berkapasiti 2.0 liter termurah yang boleh dimiliki. Reka bentuk Nissan Sylphy tidak terlalu agresif dan lebih sesuai kepada golongan eksekutif muda dan berkeluarga. Reka bentuk Sylphy lebih stylish di samping mempunyai potongan menarik. Agak menarik untuk melihat gaya yang berbeza dalam segmennya yang menggunakan pendekatan berbeza untuk menggayakan personaliti yang berbeza. Ruang dalaman Sylphy didatangkan dengan pelbagai aksesori tambahan, menawarkan papan pemuka gelap, stereng yang lebih bergaya dan sistem audio eksklusif. Beberapa fakta menarik lain berkenaan model ini ialah penawaran stereng kuasa elektrik, penggunaan brek cakera di depan dan drum di belakang, dan mempunyai 15 inci aloi 195/65R15. Rata-rata pengguna model ini telah menggantikan rim berukuran 17 inci bagi menambah personaliti kenderaan ini. Ruang interior dibekalkan dengan fabrik Masumi pada model standard, manakala versi mewah boleh didapati dengan balutan kulit. Ciri-ciri lain termasuk auto-headlamps yang dihidupkan secara automatik dalam keadaan gelap dan kawalan suhu dalaman automatik.


Dengan padanan enjin MR20DE berkapasiti 1,997 cc empat silinder sebaris DOHC dengan teknologi CVTC (Continuously Variable-valve Timing Control), ia cukup menghasilkan keselesaan pemanduan. Bunyi yang dihasilkan dari enjin ini tidak bising dan sudah pastinya pemanduan jarak jauh lebih selesa. Enjin ini menghasilkan kuasa 133 PS pada 5,200 rpm dan 191Nm tork pada 4,400 rpm. Keselesaan pemanduan hampir sempurna dan tahap bunyi daripada enjin yang rendah menambah nilai kepada kereta sedan yang dipasang oleh ETCM di Serendah ini. Pengalaman pecutan model ini lebih lancar dengan sistem transmisi Xtronic CVT.

Pemiliknya pasti mengagumi kuasa dan responsif enjin model ini. Dalam aspek keselamatan, Nissan berusaha membangunkan inovasi konsep “perisai keselamatan” yang menggunakan pendekatan proaktif. Nissan menegaskan inovasi dalam keselamatan sangat penting berdasarkan prinsip kereta perlu melindungi pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain. Sylphy banyak memuatkan teknologi sistem brek anti-kunci (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan sistem Brake Assisst. Nissan Sylphy 2.0 CVTC dijual pada harga RM112, 800 (harga atas jalan dengan insurans) bagi versi Comfort dan RM116,800 untuk versi Luxury. Untuk ANDA UJI kali ini, AUTO MASKULIN dengan kerjasama ETCM telah menganjurkan Kuiz Nissan Sylphy 2012 & Auto Maskulin/ Maskulin. Di mana tiga orang pemenang utama kuiz ini berpeluang memandu uji Nissan Sylphy selama dua hari satu malam. Mereka yang bertuah ialah Mohamad Yusof Ibrahim, Mohd Harith Nazar dan Mohamad Zakir Ahmad. Dan kami turut mendapatkan pendapat daripada salah seorang pemilik Nissan Sylphy sendiri iaitu Ahmad Farid Md Shahril.

 

NAMA: MOHAMAD YUSOF IBRAHIM UMUR: 34 TAHUN
KERETA DIPANDU SEKARANG: PROTON PERSONA
KERETA IDAMAN: TOYOTA GT86
TANGGAPAN PERTAMA: Hanya sekadar kereta sedan empat pintu sahaja.
 

*REKAAN LUARAN...
(a) Baik
(b) Sederhana
(c) Kurang memuaskan

*REKAAN DALAMAN...
(a) Baik
(b) Sederhana
(c) Tidak mencapai ekspektasi

*HARGA YANG DITAWARKAN...
(a) Mahal
(b) Berpatutan

*PRAKTIKALITI/ PENGGUNAAN...
(a) Baik
(b) Sederhana
(c) Kurang memuaskan

*RATING YANG DIBERIKAN...
4/5

ULASAN SELEPAS MEMANDU UJI :
Saya lebih menyukai Sylphy IMPUL kerana rupa luaran lebih sporty, ruang dalaman kelihatan mewah, ruang menyimpan barang luas, keselesaan dalaman diutamakan bagi pemandu dan penumpang, kuasa enjin juga tidak menghampakan. Satu pembelian yang sangat berbaloi.